Selain
Ipok, orang Melanau juga percaya wujudnya kuasa ghaib yang lain yang bersifat jahat. Kuasa ghaib ini digelar
'tou' dan ia boleh disamertikan dengan iblis atau syaitan.
'Tou' terdapat dalam pelbagai jenis dan nama dan tiada satupun yang bersifat baik. Ia sentiasa mencari kesempatan daripada kelemahan dan kesilapan manusia untuk menyebabkan penyakit dan menimbulkan kacau bilau.Selain itu, perlanggaran pantang larang dan juga adat boleh menimbulkan kemurkaan
'tou' sepertimana yang dijelaskan oleh pakar sejarah S. Morris.
"Spirit tou generally do not interfere with human unless angered by neglect or infraction of adat; if not ritually fed at prescribed intervals they may become angry and cause illness."
( S. Morris, 1967)
Terdapat juga makhluk metafizikal yang digelar
'amou' selain daripada
'tou'. 'Amou' sama seperti hantu. Kepercayaan masyarakat Melanau tentang
'amou' dijelaskan oleh H.Tuah Merawin seperti berikut:
'
Amou dipercayai jelmaan roh orang mati yang belum sampai ke alam mati disebabkan oleh ketidaksempurnaan dalam upacara pengkebumian atau atas sebab perbuatan yang tidak baik semasa hayatnya.'
(H. Tuah Merawin, 1999:224-225)
Amou biasanya tidak berniat jahat seperti
tou, cuma bertujuan untuk mengilai dan menakutkan atau untuk mengingati orang yang masih hidup bahawa ada yang tidak kena dengan kematiannya atau ada perkara yang belum sempurna dengan upacara pengkebumiannya. Biasanya
'amou' orang yang mati berdarah (mati kemalangan) sangat liar dan kebanyakannya orang takut dengannya.
Yasir (1987) turut menjelaskan bahawa masyarakat Melanau tradisional terdedah kepada beberapa makhluk halus seperti
Ipok, tou, amou dan
duhig iyaeng dari alam ghaib. Kesemua makhluk halus ini dipercayai dicipta oleh Allah, tetapi ada di kalangan masyarakat Melanau tradisional yang mempercayai bahawa ia ada kaitan dengan kejadian manusia yang hilang atau sesat di hutan atau lemas dalam air di mana mayat mereka tidak ditemui. Yasir turut mengakui bahawa hampir semua penyakit disebabkan oleh kuasa ghaib atau makhluk halus seperti '
tou' atau '
amou'. Perkara ini turut dijelaskan oleh Hashim Awang:
"
salah satu faktor yang dipertanggungjawabkan tentang keuzuran ialah hantu" (Hashim Awang, 1999:1)
Yasir (1987) dan Jeniri (1999) mengakui bahawa mengikut kepercayaan Melanau tradisi bahawa semua manusia dianggap mengandungi empat sifat utamanya iaitu
badan (jasad), nasang (hati),
roh (semangat) dan
nyawa (nyawa). Nyawa seseorang di dalam badan dipercayai bergantung kepada kewujudan roh dalam badan kerana tanpa roh badan akan mati.
'
tou atau amou boleh menyebabkan maut dengan mencucuk roh seseorang berkali-kali sehingga roh itu meninggalkan badannya dan ia akan mati'. ( Yasir, 1987:68)
Justeru, keempat-empat unsur itu hendaklah bersatu tanpa gangguan dan sentiasa dalam keadaan seimbang untuk mengelakkan nyawa manusia ditimpa kemalangan atau penyakit. Dalam hubungan ini, kepakaran bomoh sangat diperlukan untuk membolehkan mereka berhubung dengan alam ghaib dengan tujuan untuk mengembalikan kesihatan seseorang.
"Bomoh merupakan pengantar di antara dunia realiti dengan dunia ghaib. Mereka boleh memujuk dan menguasai kuasa ghaib".
(Jeniri, 1993:37)
(
bersambung)