Sunday, 29 May 2011

ADAT MELANAU ISLAM MUKAH (MUTAKHIR)

ADAT BERTUNANG DAN PERKAHWINAN
KAUM MELANAU ISLAM MUKAH

ADAT 9 PIKUL

A. TANDA TUNANG

1. Pembuka mulut - RM10.10
2. Tanda tunang - RM100.00
3. Sebentuk cincin
(diletak dalam sembol atau kapuran)
4. Sebuah Jahai berkaki,berukir dan bertudung
5. Satu gantang padi (disimpan dalan Jahai bertudung)
6. Sebiji buah kelapa (diletak dalam semeta)
7. Satu sisir pisang embun atau pisang emas
8. Sirih pinang sejunjung

B. PERKAHWINAN ( BERIAN )

1. Mas kahwin sebanyak - RM225.00
2. Sebilah pedang beramur
3. Sembilan amas emas ( pakan )
4. Sebuah tumok bintang kayu
5. Satu lambar percha rangkap benang emas atau bertabur
emas
6. Selembar kain Sebuhung (peranakan suatan) atau lugi
7. Sebuah tempayan seni
8. Sembilan pengadak kain basahan
9. Sepasang kelambu
10. Seorang penjaga api lilin atau pelita
11. Tanda suka atau pakan RM
12. Dua bilah sumpit hujung ada sangkuh
13. 9 biji manik kahet berikat tali tengeng
14. 9 biji manik tilat berikat tali tengeng
15. Pahek tidur – satu amas emas
16. Pahek berjalan atau mukad – satu amas emas

No.7,10,12,13 dan 14 boleh diganti dengan nilai wang berharga satu pikul dan No. 1,2,3,4,5,6 dan 8,9,11,15 dan16 tidak boleh diganti dengan wang tunai kecuali setelah dirundingkan bersama selepas 3 hari bersanding.


C. LILIG ( LANGKAH BATANG ATAU BENDUL )

Satu amas emas dan sebilah sanskoh. Anak dara tua yang belum bersuami sahaja dan hanya layak sekali Lilig sahaja.


D. TEKUL

Tekul merupakan pemberian sebentuk cincin kepada anak perempuan yang disukai dan hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Setelah tamat 3 bulan si lelaki mesti menghantar tunang ataupun terus berkahwin seperti mana dalam perjanjian atau perundingan sesama mereka.





TERIMA KASIH
















ADAT BERTUNANG DAN PERKAHWINAN
KAUM MELANAU ISLAM MUKAH

ADAT 7 PIKUL

A. TANDA TUNANG

1. Pembuka mulut - RM10.10
2. Tanda tunang - RM100.00
3. Sebentuk cincin
(diletak dalam bekas atau kapuran )
9. Sebuah Jahai tidak berkaki dan bertudung
10. Satu gantang padi ( disimpan dalan Jahai )
11. Sebiji buah kelapa (diletak dalam bukur)
12. Satu sisir pisang embun atau pisang emas
13. Sirih pinang sejunjung

B. PERKAHWINAN ( BERIAN )

1. Mas kahwin sebanyak - RM175.00
2. Sebilah keris
3. Tujuh amas emas ( pakan )
4. Sebuah tumok bintang kayu bertudung
5. Satu lambar percha biasa
6. Selembar kain Sebuhung (peranakan suatan) atau lugi
7. Sebuah tempayan seni
8. Tujuh pengadak kain basahan
9. Sepasang kelambu
10. Seorang penjaga api lilin atau pelita
11. Tanda suka atau pakan RM
12. 7 biji manik kahet berikat tali tengeng
13. 7 biji manik tilat berikat tali tengeng
15. Pahek tidur – satu amas emas
16. Pahek berjalan atau mukad – satu amas emas

No.5,6,7,9,10,12 dan 13 boleh diganti dengan nilai wang berharga satu pikul dan No. 1,2,3,4,5 dan 7,8,9,11,12 dan13 boleh ditebus (diganti) dengan wang tunai kecuali setelah dirundingkan bersama selepas 3 hari bersanding.


C. LILIG ( LANGKAH BATANG ATAU BENDUL )

Satu amas emas dan sebilah sanskoh. Anak dara tua yang belum bersuami sahaja dan hanya layak sekali Lilig sahaja.


E. TEKUL

Tekul merupakan pemberian sebentuk cincin kepada anak perempuan yang disukai dan hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Setelah tamat 3 bulan si lelaki mesti menghantar tunang ataupun terus berkahwin seperti mana dalam perjanjian atau perundingan sesama mereka.





TERIMA KASIH


















ADAT BERTUNANG DAN PERKAHWINAN
KAUM MELANAU ISLAM MUKAH

ADAT 5 PIKUL

A. TANDA TUNANG

1. Pembuka mulut - RM10.10
2. Tanda tunang - RM100.00
3. Sebentuk cincin
(diletak dalam bekas atau sembol )
4. Sebuah Jahai biasa
5. Satu gantang padi ( disimpan dalan Jahai )
6. Sebiji buah kelapa (diletak dalam bukur)
7. Satu sisir pisang embun
8. Sirih pinang sejunjung

B. PERKAHWINAN ( BERIAN )

1. Mas kahwin sebanyak - RM125.00
2. Sebilah badek atau sangkoh
3. Lima amas emas ( pakan )
4. Sebuah tumok
5. Satu lambar percha biasa
6. Selembar kain Sebuhung (peranakan suatan) atau lugi
7. Sebuah tempayan seni
8. Lima pengadak kain basahan
9. Sepasang kelambu
10. Tanda suka atau pakan RM
11. 5 biji manik kahet berikat tali tengeng
12. 5 biji manik tilat berikat tali tengeng
13. Pahek tidur – satu amas emas
14. Pahek berjalan atau mukad – satu amas emas

No.6,7,8,9,11 dan 12 boleh diganti dengan nilai wang berharga satu pikul dan No. 1,2,3,4,5 dan 8,9,11 dan 12 boleh ditebus (diganti) dengan wang tunai kecuali setelah dirundingkan bersama selepas 3 hari bersanding.


C. LILIG ( LANGKAH BATANG ATAU BENDUL )

Satu amas emas dan sebilah sanskoh. Anak dara tua yang belum bersuami sahaja dan hanya layak sekali Lilig sahaja.


F. TEKUL

Tekul merupakan pemberian sebentuk cincin kepada anak perempuan yang disukai dan hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Setelah tamat 3 bulan si lelaki mesti menghantar tunang ataupun terus berkahwin seperti mana dalam perjanjian atau perundingan sesama mereka.





TERIMA KASIH

Friday, 27 May 2011

Punca Utama Perceraian

Salam sejahtera Semua,

Hari ini saya nak berkongsi 3 Punca Utama Perceraian
Yang Tidak ismail Sedari... Penting ni...

Terdapat banyak sebenarnya punca yang boleh menyebabkan berlakunya
perceraian dalam sesebuah rumahtangga.

Berikut saya kongsikan bersama anda 3 diantaranya. Punca-punca ini dipetik
dari ebook “99 Punca Perceraian” di http://rahsiapuncacerai.tk

1) Punca yang pertama ialah kelemahan dalam "berkomunikasi sesama pasangan".

Ini merupakan salah-satu punca dan faktor berlakunya perceraian di kalangan pasangan
suami-isteri yang paling utama. Ia boleh dikatakan terletak di tangga teratas senarai
punca-punca perceraian yang lain.

Komunikasi yang lemah dan tidak berkesan boleh mengundang salah-faham. Ini akan
membuatkan samada salah-satu pihak kurang jelas serta kurang faham apa yang disampaikan
oleh satu pihak lagi.

Seterusnya membuatkan tafsiran tepat atau pemberian output ketika berkomunikasi itu tidak seperti
yang dimaksudkan oleh pemberi mesej.

Dalam bahasa mudahnya, “Lain yang dicakap, lain yang difaham.”

2) Punca kedua pula ialah tidak bijak mengurus kewangan keluarga dan diri sendiri

Mengikut statistik dan laporan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perlis tahun 2010,
masalah dalam pengurusan kewangan keluarga merupakan punca nombor 1 kes perceraian kian
meningkat di negeri itu.

Masalah utama dalam hal pengurusan kewangan terjadi akibat daripada wang bulanan yang keluar
lebih banyak jumlahnya berbanding wang yang masuk (pendapatan) setiap bulan.

Ini boleh berlaku kerana menanggung hutang yang terlalu banyak dan di luar kemampuan.

3) Punca yang ketiga ialah tidak mengambil berat tanggungjawab solat 5 waktu sehari semalam.

Walaupun anda fikir perkara ini nampak macam remeh, tapi kesannya memang amat mendalam
jika tidak diambil serius.

Pasangan suami-isteri tak kira dua-dua pihak mahupun salah-satunya yang ambil mudah dengan
perintah Allah ini, hidup keluarga mereka memang tidak akan sesekali tenteram dan tidak akan
mendapat lindungan rahmat Allah.

Hukum solat 5 waktu sehari adalah WAJIB. Jika anda tinggalkannya, anda akan berdosa.

Jika pasangan suami-isteri itu tidak melakukan solat, hati mereka akan mula menjadi ‘hitam & keras’.
Lalu teramat mudahlah untuk terjadinya pergaduhan dan konflik yang akan membawa kepada
pertimbangan yang tidak rasional seperti cepat melatah.

Lebih teruk lagi, tak mustahil akan berakhir dengan perceraian.



Nantikan lebih banyak tips daripada saya ismail,
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ismail kerana setia bersama! :D



Amirul Hafiz,
Mirlme Enterprise

P.S. : Punca RAMAI Bercerai? Erk? http://rahsiapuncacerai.tk

Pesta Kaul 2011 - Antara Realiti Dan Cabaran

Pesta Kaul 2011– Realiti Dan Cabaran

Pengenalan

Kaul merupakan satu pesta keramaian yang telah sebati dalam budaya masyarakat Melanau tanpa mengira pegangan agama dan diraikan oleh seluruh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta Kaul diadakan pada bulan Pengejin (bulan pertama, biasanya dalam bulan April atau awal Mei) dalam kalender masyarakat Melanau yang menandakan laut mula tenang setelah habis upacara menuai dan musim tengkujuh. Pesta ini biasanya diadakan di muara sungai atau di kawasan pantai dimana ritual dimulakan oleh Bapak Kaul untuk memuja Ipok atau penjaga laut agar ia sentiasa menjaga laut serta mengurniakan rezeki melalui tangkapan ikan yang banyak serta pokok-pokok buah-buahan sentiasa mengeluarkan bunga serta berbuah sepanjang musim. Masa sekarang setelah majoriti msyarakat Melanau telah memeluk agama Islam atau Kristian, acara pemujaan telah diubah kepada pesta keramaian semata-mata bagi mengingati budaya dan adat resam yang masih relevan.


Pesta Kaul Mukah

Pesta Kaul Mukah sebagai pesta tradisi disambut secara tahunan berjaya menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain.


Gambar 1: Tibou – permainan tradisi masyarakat Melanau
yang sinonim dengan Pesta Kaul

Dalam suatu pesta kaul sejak ia dimasukkan ke dalam kalender pelancongan Malaysia ia berjaya menghimpunkan tidak kurang daripada 10,000 pengunjung setiap tahun . Apa lagi setelah Mukah diisytiharkan sebagai bahagian baru iaitu Bahagian Ke Sepuluh mulai 1 Mac 2002, pembangunan semakin rancak dan hari ini ia menjadi pusat SCORE untuk Sarawak Justeru, infrastruktur semakin bertambah dan bilangan hotel turut bertambah ditambah pula dengan keadaan jalan raya yang lurus dan bertar sepenuhnya memungkinkan semakin ramai pelancong datang..


Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau dan manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan, tarian dan adat resam. Pada tahun 2011 tidak kurang daripada 15,000 orang yang datang membanjiri Pantai Kala Dana Mukah. Pada pandangan penulis Pesta Kaul tahun 2011 merupakan pesta kaul yang paling meriah dan ramai pelawat.
.
Sementara itu, menurut Pehin Sri Taib, Ketua Menteri Sarawak, dalam ucapan perasmiannya sempena Pesta Kaul 2011 membayangkan Pesta Kaul akan dijadikan acara bertaraf antarabangsa yang mampu menjadi satu daripada tarikan utama pelancong ke Sarawak.

Taib menambah menjelang tahun 2020 Kaul akan menjadi satu pesta yang mampu menghimpunkan segala budaya masyarakat Melanau di Sarawak dari segi muzik, lagu, peralatan muzik, pakaian dan banyak lagi, sebagaimana kejayaan Sarawak mempromosikan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF). Perhimpunan segala adat budaya Melanau sudah semestinya turut menghimpunkan khalayak.

Pada tahun ini yang jelas ialah setelah berakhirnya Pesta Kaul, kesesakan lalu-lintas masih berlaku di sekitar bandar Mukah kerana secara kebetulan pengujung masih meraikan cuti hari pekerja di Bandar Mukah sebelum balik pada keesokan harinya. Ini jelas menunjukkan bahawa jumlah pengunjung ke Pesta Kaul Mukah pada tahun 2011 meningkat daripada tahun sebelumnya.




Gambar 2: Perarakan Serahang Menyambut Permulaan Pesta Kaul

Aktiviti Pesta Kaul tahun 2011

Tarikh / Masa Program / Aktiviti Lokasi

16 Mac 11
Pertandingan Menulis Esei
Pertandingan Bermula
8 April 11 / 4:00 Tarikh Tutup
30 April 11 / 2:30 Pentas Utama, Tapak Pesta Kaul Mukah.
23 April 11 / 8:00 - 11:00 Mukah Beach Triathlon Pantai Kala Dana, Mukah
23 April 11 / 14:00 Kreterium Dataran Pehin Setia Raja & Boulevard Setia Raja
23 April 11 / 16:00 Berbasikal Ria 1 Malaysia Pasar Mukah
23 April 11 / 8:00 - 16:00 Sukan Rakyat Padang Mesra, MDDM
23 April 11 / 14:00 Memancing di Tebingan Sungai Tebingan Sungai Mukah
23 - 24 April 11 / 19:30 Pertandingan Lagu Klasik Dewan Suarah Mesra Mukah
22 - 24 April 11 / 15:00 Pertandingan Petanque Taman Kala Dana, Mukah
23 - 24 April 11 / 7:30 - 18:00 Pertandingan Bolasepak Pantai Taman Kala Dana, Mukah
23 April 11 / 9:00 Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-Kanak Tebingan Sungai Mukah
23 April 11 / 9:00 Pertandingan Fesyen Tradisional Kategori Kanak-Kanak Tebingan Sungai Mukah



Impilasi Daripada Pesta Kaul

Pesta Kaul membawa pelbagai kesan positif. Antara lainnya ialah ia dapat mengumpul ramai manusia dan pedagang. Manusia daripada pelbagai golongan dan agama mengunjungi Pesta Kaul yang dilihat sebagai pesta terbesar masyarakat Melanau. Apa lagi masyarakat Melanau daripada seluruh pelusuk negeri Sarawak tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan pesta ini. Pedagang-pedagang pula, biasanya berkampung di sini dua hingga 3 hari di tapak kaul sebelum pesta bermula.Selain itu, pengunjung-pengunjung lain datang daripada seluruh negeri Sarawak dan juga daripada luar negara.

Pesta ini juga menjadi arena untuk pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk mempamer serta memasarkan pelbagai barangan atau produk. Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah STIDC, SEDC, FAMA, LNG dan Jabatan-jabatan kerajaan yang lain. STIDC selalunya mempamerkan produk yang berasaskan kayu dan FAMA biasanya terlibat dengan produk yang berasaskan pertanian.

Musim Pesta Kaul juga memberi peluang kepada masyarakat tempatan dan luar untuk mencari rezeki pada musim keramaian. Pada satu-satu musim Pesta kaul tidak kurang daripada 50 buah gerai disediakan untuk pedagang-pedagang. Biasanya sewa untuk tapak gerai pada pesta seperti ini ialah RM50. Pedagang-pedagang tidak akan melepaskan peluang emas yang menjanjikan mereka rezeki yang lumayan .Selain itu, peniaga-peniaga kecil akan turut menerima habuan daripada tsunami rezeki yang hadir sekali dalam setahun.

Pesta Kaul juga turut menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan. Hotel-hotel serta rumah tumpangan pastinya laris pada musim pesta ini. Selain itu, pengusaha kedai makan dan restoran turut mengaut keuntungan yang lebih pada musim ini dan ada yang terpaksa mengupah pekerja sambilan untuk membantu mereka.

Pada musim kaul kali ini, ia menghimpunkan lebih kurang 51 orang wakil rakyat yang baru dipilih dan ia kebetulan dengan majlis kesyukuran BN diadakan di Mukah pada malam 29 April 2011.Selain wakil rakyat, ketua-ketua kerajaan persekutuan dan negeri turut hadir pada pesta kali ini.

Dalam pesta kaul juga, dihimpunkan pelbagai acara dan persembahan daripada kumpulan-kumpulan etnik Sarawak. Antara lainnya ialah etnik Iban,Bidayuh, Orang Ulu, Kenyah,Kelabit dan juga Kayan. Melalui persembahan ini kita dapat melibat warna-warni pelbagai budaya etnik di Sarawak. Langkah ini adalah sejajar dengan tema pada tahun ini ’tiada seuniknya’.

Selain aspek positif, penulis mendapati terdapat juga implikasi dari segi negatifnya dan jika tidak ditangani ia pasti akan berulang pada pesta Kaul yang akan datang.

Antara lainnya ialah kekurangan petugas untuk mengawal lalu-lintas dan juga khalayak. Jika pada tahun-tahun sebelumnya pasukan RELA dan Pertahanan Awam dilibatkan sepenuhnya tapi pada tahun ini kelibat pasukan RELA tidak kelihatan.

Selain itu jalan yang kecil dan dua hala menyusahkan para pengguna apabila lalu-lintas tidak dikawawal secara efisien. Kawasan pemunggahan yang tidak disediakan untuk peniaga turut menyesakkan lagi keadaan.


Langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan sedia ada

Oleh kerana semakin ramai pengunjung yang datang sudah semestinya keperluan untuk meletak kerata semakin bertambah. Tempat parkir yang ada sekarang tidak mencukupi. Menurut pemerhatian penulis, satu hari sebelum pesta bermula, hampir keseluruhan kawasan parkir telah dipenuhi. Keadaan seperti ini sentiasa berulang saban tahun seolah-olah tiada post-mortem dibuat selepas musim perayaan besar.Justeru, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan kawasan parkir kereta yang lebih banyak untuk membolehkan orang ramai menggunakan kemudahan tersebut dengan selesa.

Terdapat juga pengunjung yang lewat sampai daripada luar Mukah tidak sempat ke tapak kaul kerana tidak ada ruang untuk meletak kereta dan akhirnya meninggalkan tapak kaul tanpa sempat menyaksikan acara-acara yang dipersembahkan.

Begitu juga dengan jalan raya, sistem perlu diwujudkan untuk mengelakkan kesesakkan berlaku setiap kali musim Pesta Kaul. Jalan raya yang kecil, ditutup pula sebagaiannya menyebabkan kesesakan lalu-lintas.Antara lain yang perlu disediakan ialah laluan sehala serta membesarkan lagi jalan raya yang sedia ada. Kawasan pemunggahan juga perlu disediakan untuk memudahkan para peniaga memunggah barang jualan mereka.

Hubungan yang baik antara pihak jawatakuasa pengelola dengan agensi seperti RELA dan Pertahanan Awam perlu dibaiki agar pengawalan lalu-lintas dan crowd-control berada di tahap yang baik dan efisien.

Semakin ramai pengunjung yang datang, sudah semestinya keperluan rumah bertambah. Justeru, adalah dicadangkan pihak berkuasa tempatan memgambil peluang untuk mendirikan rumah tumpangan atau hostel dengan kadar sewa berpatutan berdekatan dengan kawasan tapak pesta untuk memudahkan pengujung datang lebih awal dan menghirup udara segar dan angin pantai yang mengasyikkan.

Selain itu, tapak dan landskap yang menarik seperti Luak Explanade di Miri perlu diwujudkan di kawasan pantai untuk menjadikan ia sebagai pusat kunjungan atau pusat riadah kepada masyarakat setempat dan pengujung daripada luar bukan sahaja pada musim Pesta Kaul tetapi pada setiap hujung minggu. Kawasan ini harus ceria dan terurus dari segi kebersihannya.

Tapak kaul juga harus dipelbagaikan penggunaannya. Tapak kaul ini juga boleh dijadikan pusat untuk mengadakan pameran-pameran besar atau pameran antarabangsa. Biasanya pameran-pameran besar seperti pameran pembangunan, sejiwa senada atau apa jua pameran perdagangan yang sebelum ini diadalah di tapak letak kereta. Kawasan letak kereta ini memang strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Mukah tetapi ia menyebabkan kawasan bandar menjadi sesak dengan kenderaan-kenderaan kerana tempat letak kereta sedia ada memang diketahui tidak mencukupi. Justeru, kalau pameran seperti ini diadakan di tapak kaul sudah semestinya ia mengurangkan masalah lalu lintas serta masalah letak kereta.

Justeru, kalau mahu melihat pesta kaul 2012 mengangkat Mukah sebagai pusat pesta serta pusat pelancongan yang unggul serta pesta yang bertaraf antara bangsa langkah-langkah tadi perlu diambil perhatian daripada sekarang agar perkara yang sama tidak berulang saban tahun.


*Penulis merupakan seorang guru sekolah rendah dan peminat budaya dan boleh dihubungi di ismailmawi@yahoo.com

Pages