Thursday, 23 June 2011

Makhluk 'Tou' dan 'Amou' dalam masyarakat Melanau.

Selain Ipok, orang Melanau juga percaya wujudnya kuasa ghaib yang lain yang bersifat jahat. Kuasa ghaib ini digelar 'tou' dan ia boleh disamertikan dengan iblis atau syaitan. 'Tou' terdapat dalam pelbagai jenis dan nama dan tiada satupun yang bersifat baik. Ia sentiasa mencari kesempatan daripada kelemahan dan kesilapan manusia untuk menyebabkan penyakit dan menimbulkan kacau bilau.Selain itu, perlanggaran pantang larang dan juga adat boleh menimbulkan kemurkaan 'tou' sepertimana yang dijelaskan oleh pakar sejarah S. Morris.

"Spirit tou generally do not interfere with human unless angered by neglect or infraction of adat; if not ritually fed at prescribed intervals they may become angry and cause illness."
                                                                                                ( S. Morris, 1967)


Terdapat juga makhluk metafizikal yang digelar 'amou' selain daripada 'tou'. 'Amou' sama seperti hantu. Kepercayaan masyarakat Melanau tentang 'amou' dijelaskan oleh H.Tuah Merawin seperti berikut:

'Amou dipercayai jelmaan roh orang mati yang belum sampai ke alam mati disebabkan oleh ketidaksempurnaan dalam upacara pengkebumian atau atas sebab perbuatan yang tidak baik semasa hayatnya.'
                                                                                            (H. Tuah Merawin, 1999:224-225)

Amou biasanya tidak berniat jahat seperti tou, cuma bertujuan untuk mengilai dan menakutkan atau untuk mengingati orang yang masih hidup bahawa ada yang tidak kena dengan kematiannya atau ada perkara yang belum sempurna dengan upacara pengkebumiannya. Biasanya 'amou' orang yang mati berdarah (mati kemalangan)  sangat liar dan kebanyakannya orang takut dengannya.

Yasir (1987) turut menjelaskan bahawa masyarakat Melanau tradisional terdedah kepada beberapa makhluk halus seperti Ipok, tou, amou dan duhig iyaeng dari alam ghaib. Kesemua makhluk halus ini dipercayai dicipta oleh Allah, tetapi ada di kalangan masyarakat Melanau tradisional yang mempercayai bahawa ia ada kaitan dengan kejadian manusia yang hilang atau sesat di hutan atau lemas dalam air di mana mayat mereka tidak ditemui. Yasir turut mengakui bahawa hampir semua penyakit disebabkan oleh kuasa ghaib atau makhluk halus seperti 'tou' atau 'amou'. Perkara ini turut dijelaskan oleh Hashim Awang:

"salah satu faktor  yang dipertanggungjawabkan tentang keuzuran ialah hantu"  (Hashim Awang, 1999:1)

Yasir (1987) dan Jeniri (1999) mengakui bahawa mengikut kepercayaan Melanau tradisi bahawa semua manusia dianggap mengandungi empat sifat utamanya iaitu badan (jasad), nasang (hati), roh (semangat) dan nyawa (nyawa). Nyawa seseorang di dalam badan dipercayai bergantung kepada kewujudan roh dalam badan kerana tanpa roh badan akan mati.

'tou atau amou boleh menyebabkan maut dengan mencucuk roh seseorang berkali-kali sehingga roh itu meninggalkan  badannya dan ia akan mati'. ( Yasir, 1987:68)

Justeru, keempat-empat unsur itu hendaklah bersatu tanpa gangguan dan sentiasa dalam keadaan seimbang untuk mengelakkan nyawa manusia ditimpa kemalangan atau penyakit. Dalam hubungan ini, kepakaran bomoh sangat diperlukan untuk membolehkan mereka berhubung dengan alam ghaib dengan tujuan untuk mengembalikan kesihatan seseorang.

"Bomoh merupakan pengantar di antara dunia realiti dengan dunia ghaib. Mereka boleh memujuk dan menguasai kuasa ghaib".  
                                                       (Jeniri, 1993:37)

(bersambung)



Wednesday, 22 June 2011

'IPOK' dalam Masyarakat Melanau (sambungan)

Menurut H.Tuah Merawin (1999) pula,

Orang Melanau tradisional percaya pada kewujudan satu korpus kuasa ghaib yang menentukan kesejahteraan segala makhluk di muka bumi. Kuasa ini dikenali dengan nama generik 'Ipok'.


'Ipok' bagi masyarakat Melanau mempunyai bidang kuasa mutlak ke atas benda-benda dan akan menguasai kesejahteraan semangat benda-benda tersebut. Malahan nama Ipok seringkali diseru oleh golongan tua apabila melakukan pekerjaan berat atau menjamah makanan di dalam hutan. contoh seruan yang biasa digunakan ialah 'bah ipok tuloung nou melou' ( Ipok - tolonglah kami) atau 'keman Ipok, pamen sama-sama' ( makan Ipok, mari makan bersama)

Ipok mempunyai bidang kuasa masing-masing misalnya Ipok yang menguasai tiga zon dunia iaitu Ipok Langit (Dewa Langit), Ipok Tanak (Dewa Bumi) dan Ipok Iyaeng (Dewa Air). Ketiga-tiga Ipok ini mempunyai hieraki kuasa yang lebih tinggi berbanding Ipok-Ipok lain seperti Ipok Daat (Dewa lautan), Ipok Kala (Dewa Muara), Ipok Guun - Ipok Alan (Dewa Hutan Belantara), Ipok Uma (Dewa Huma), Ipok Lebok (Dewa Rumah), Ipok Bekaan (Dewa Perkakas), Ipok Nasek (Dewa Nasi) dan sebagainya.

Kekuasaan dan kekuatan Ipok menurut H.Tuah Merawin (1999):

Di antara Ipok yang wujud dalam kosmos , Ipok Langit dianggap sebagai Ipok yang paling agung bukan sahaja kekuasaannya dan keluasannya dan kedudukan domainnya yang teratas tetapi ia merupakan satu perubahan penuh misteri kepada manusia. Ipok Langit boleh menyebabkan bencana alam yang amat destruktif seperti ribut taufan dan banjir. Ia juga boleh menjadikan sesuatu makhluk seperti manusia menjadi batu (petrification) melalui bencana 'buan' atau 'baliew' apabila ia murka atau terkilan disebabkan pelanggaran sesuatu pantang larang atau lantaran perbuatan manusia yang bertentqangan dengan lahiriah.


Walau bagaimanapun Ipok berlebih bersifat pengampun dan pengasih serta pemurah. Hanya apabila domainnya dicerobohi atau pantang larang dilanggari baharulah ia naik murka dan menyebabkan padah kepada manusia.

Tuesday, 7 June 2011

Who are the Melanaus ?

..... The Melanaus are most probably Sarawak's oldest inhabitants and are possibly too, the country's original settlers.     ( Clayre,1971:20)


"In personal appearance, the men of the Melanaus have much resemblance to the other races. The women however enjoy the population of being far more beautiful than those of the other tribes. (H.Ling,Roth,1968:55)


'The Milanaus are quiet people,  but dressing like the Malays and cultivation sago. They are very fair, some of the girls quite as white as Europeans; hair black and straight.' (Ibid,1968:12)


Source: Amalan Perubatan Kampung Masyarakat Melanau di Kampung Tellian Ulu, Mukah by Ismail Bin Mawi 2001, UM.

Friday, 3 June 2011

Base - Page - MilkADeal

Base - Page - MilkADeal

'IPOK' dalam Masyarakat Melanau

Orang Melanau khususnya yang  masih 'liko' sangat percaya kepada benda-benda mistik yang berkaitan dengan alam ghaib. Hubungan dengan alam ghaib tidak dapat dipisahkan walaupun adanya asimilasi daripada agama Islam atau konsep keesaan Tuhan ataupun peranan modenisasi.

" To the Melanaus, the universe was made of a number of worlds, of which the middle one was the proper place for human beings. Each world was populated by various beings, and in the middle world human shared the environment with spirits, animals,vegetations and other humans, all of whom had their proper places in the world."
              ( S. Morris, 1976 :111)

Petikan daripada: Amalan Perubatan Kampung Masyarakat Melanau Di Kampung Tellian Ulu, Mukah, Sarawak oleh Ismail Mawi (Tesis - unpublished)

- sambungannya akan datang.

Pages