Friday, 3 June 2011
'IPOK' dalam Masyarakat Melanau
Orang Melanau khususnya yang masih 'liko' sangat percaya kepada benda-benda mistik yang berkaitan dengan alam ghaib. Hubungan dengan alam ghaib tidak dapat dipisahkan walaupun adanya asimilasi daripada agama Islam atau konsep keesaan Tuhan ataupun peranan modenisasi.
" To the Melanaus, the universe was made of a number of worlds, of which the middle one was the proper place for human beings. Each world was populated by various beings, and in the middle world human shared the environment with spirits, animals,vegetations and other humans, all of whom had their proper places in the world."
( S. Morris, 1976 :111)
Petikan daripada: Amalan Perubatan Kampung Masyarakat Melanau Di Kampung Tellian Ulu, Mukah, Sarawak oleh Ismail Mawi (Tesis - unpublished)
- sambungannya akan datang.

Sunday, 29 May 2011
ADAT MELANAU ISLAM MUKAH (MUTAKHIR)
ADAT BERTUNANG DAN PERKAHWINAN
KAUM MELANAU ISLAM MUKAH
ADAT 9 PIKUL
A. TANDA TUNANG
1. Pembuka mulut - RM10.10
2. Tanda tunang - RM100.00
3. Sebentuk cincin
(diletak dalam sembol atau kapuran)
4. Sebuah Jahai berkaki,berukir dan bertudung
5. Satu gantang padi (disimpan dalan Jahai bertudung)
6. Sebiji buah kelapa (diletak dalam semeta)
7. Satu sisir pisang embun atau pisang emas
8. Sirih pinang sejunjung
B. PERKAHWINAN ( BERIAN )
1. Mas kahwin sebanyak - RM225.00
2. Sebilah pedang beramur
3. Sembilan amas emas ( pakan )
4. Sebuah tumok bintang kayu
5. Satu lambar percha rangkap benang emas atau bertabur
emas
6. Selembar kain Sebuhung (peranakan suatan) atau lugi
7. Sebuah tempayan seni
8. Sembilan pengadak kain basahan
9. Sepasang kelambu
10. Seorang penjaga api lilin atau pelita
11. Tanda suka atau pakan RM
12. Dua bilah sumpit hujung ada sangkuh
13. 9 biji manik kahet berikat tali tengeng
14. 9 biji manik tilat berikat tali tengeng
15. Pahek tidur – satu amas emas
16. Pahek berjalan atau mukad – satu amas emas
No.7,10,12,13 dan 14 boleh diganti dengan nilai wang berharga satu pikul dan No. 1,2,3,4,5,6 dan 8,9,11,15 dan16 tidak boleh diganti dengan wang tunai kecuali setelah dirundingkan bersama selepas 3 hari bersanding.
C. LILIG ( LANGKAH BATANG ATAU BENDUL )
Satu amas emas dan sebilah sanskoh. Anak dara tua yang belum bersuami sahaja dan hanya layak sekali Lilig sahaja.
D. TEKUL
Tekul merupakan pemberian sebentuk cincin kepada anak perempuan yang disukai dan hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Setelah tamat 3 bulan si lelaki mesti menghantar tunang ataupun terus berkahwin seperti mana dalam perjanjian atau perundingan sesama mereka.
TERIMA KASIH
ADAT BERTUNANG DAN PERKAHWINAN
KAUM MELANAU ISLAM MUKAH
ADAT 7 PIKUL
A. TANDA TUNANG
1. Pembuka mulut - RM10.10
2. Tanda tunang - RM100.00
3. Sebentuk cincin
(diletak dalam bekas atau kapuran )
9. Sebuah Jahai tidak berkaki dan bertudung
10. Satu gantang padi ( disimpan dalan Jahai )
11. Sebiji buah kelapa (diletak dalam bukur)
12. Satu sisir pisang embun atau pisang emas
13. Sirih pinang sejunjung
B. PERKAHWINAN ( BERIAN )
1. Mas kahwin sebanyak - RM175.00
2. Sebilah keris
3. Tujuh amas emas ( pakan )
4. Sebuah tumok bintang kayu bertudung
5. Satu lambar percha biasa

8. Tujuh pengadak kain basahan

12. 7 biji manik kahet berikat tali tengeng
13. 7 biji manik tilat berikat tali tengeng

No.5,6,7,9,10,12 dan 13 boleh diganti dengan nilai wang berharga satu pikul dan No. 1,2,3,4,5 dan 7,8,9,11,12 dan13 boleh ditebus (diganti) dengan wang tunai kecuali setelah dirundingkan bersama selepas 3 hari bersanding.

E. TEKUL

ADAT 5 PIKUL
A. TANDA TUNANG
1. Pembuka mulut - RM10.10
2. Tanda tunang - RM100.00
3. Sebentuk cincin
(diletak dalam bekas atau sembol )
4. Sebuah Jahai biasa
5. Satu gantang padi ( disimpan dalan Jahai )
6. Sebiji buah kelapa (diletak dalam bukur)
7. Satu sisir pisang embun
8. Sirih pinang sejunjung
B. PERKAHWINAN ( BERIAN )
1. Mas kahwin sebanyak - RM125.00
2. Sebilah badek atau sangkoh
3. Lima amas emas ( pakan )
4. Sebuah tumok

8. Lima pengadak kain basahan
9. Sepasang kelambu
10. Tanda suka atau pakan RM
11. 5 biji manik kahet berikat tali tengeng
12. 5 biji manik tilat berikat tali tengeng
13. Pahek tidur – satu amas emas
14. Pahek berjalan atau mukad – satu amas emas
No.6,7,8,9,11 dan 12 boleh diganti dengan nilai wang berharga satu pikul dan No. 1,2,3,4,5 dan 8,9,11 dan 12 boleh ditebus (diganti) dengan wang tunai kecuali setelah dirundingkan bersama selepas 3 hari bersanding.

F. TEKUL

Friday, 27 May 2011
Punca Utama Perceraian
Salam sejahtera Semua,
Hari ini saya nak berkongsi 3 Punca Utama Perceraian
Yang Tidak ismail Sedari... Penting ni...
Terdapat banyak sebenarnya punca yang boleh menyebabkan berlakunya
perceraian dalam sesebuah rumahtangga.
Berikut saya kongsikan bersama anda 3 diantaranya. Punca-punca ini dipetik
dari ebook “99 Punca Perceraian” di http://rahsiapuncacerai.tk
1) Punca yang pertama ialah kelemahan dalam "berkomunikasi sesama pasangan".
Ini merupakan salah-satu punca dan faktor berlakunya perceraian di kalangan pasangan
suami-isteri yang paling utama. Ia boleh dikatakan terletak di tangga teratas senarai
punca-punca perceraian yang lain.
Komunikasi yang lemah dan tidak berkesan boleh mengundang salah-faham. Ini akan
membuatkan samada salah-satu pihak kurang jelas serta kurang faham apa yang disampaikan
oleh satu pihak lagi.
Seterusnya membuatkan tafsiran tepat atau pemberian output ketika berkomunikasi itu tidak seperti
yang dimaksudkan oleh pemberi mesej.
Dalam bahasa mudahnya, “Lain yang dicakap, lain yang difaham.”
2) Punca kedua pula ialah tidak bijak mengurus kewangan keluarga dan diri sendiri
Mengikut statistik dan laporan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perlis tahun 2010,
masalah dalam pengurusan kewangan keluarga merupakan punca nombor 1 kes perceraian kian
meningkat di negeri itu.
Masalah utama dalam hal pengurusan kewangan terjadi akibat daripada wang bulanan yang keluar
lebih banyak jumlahnya berbanding wang yang masuk (pendapatan) setiap bulan.
Ini boleh berlaku kerana menanggung hutang yang terlalu banyak dan di luar kemampuan.
3) Punca yang ketiga ialah tidak mengambil berat tanggungjawab solat 5 waktu sehari semalam.
Walaupun anda fikir perkara ini nampak macam remeh, tapi kesannya memang amat mendalam
jika tidak diambil serius.
Pasangan suami-isteri tak kira dua-dua pihak mahupun salah-satunya yang ambil mudah dengan
perintah Allah ini, hidup keluarga mereka memang tidak akan sesekali tenteram dan tidak akan
mendapat lindungan rahmat Allah.
Hukum solat 5 waktu sehari adalah WAJIB. Jika anda tinggalkannya, anda akan berdosa.
Jika pasangan suami-isteri itu tidak melakukan solat, hati mereka akan mula menjadi ‘hitam & keras’.
Lalu teramat mudahlah untuk terjadinya pergaduhan dan konflik yang akan membawa kepada
pertimbangan yang tidak rasional seperti cepat melatah.
Lebih teruk lagi, tak mustahil akan berakhir dengan perceraian.
Nantikan lebih banyak tips daripada saya ismail,
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ismail kerana setia bersama! :D
Amirul Hafiz,
Mirlme Enterprise
P.S. : Punca RAMAI Bercerai? Erk? http://rahsiapuncacerai.tk

Pesta Kaul 2011 - Antara Realiti Dan Cabaran
Pesta Kaul 2011– Realiti Dan Cabaran
Pengenalan
Kaul merupakan satu pesta keramaian yang telah sebati dalam budaya masyarakat Melanau tanpa mengira pegangan agama dan diraikan oleh seluruh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta Kaul diadakan pada bulan Pengejin (bulan pertama, biasanya dalam bulan April atau awal Mei) dalam kalender masyarakat Melanau yang menandakan laut mula tenang setelah habis upacara menuai dan musim tengkujuh. Pesta ini biasanya diadakan di muara sungai atau di kawasan pantai dimana ritual dimulakan oleh Bapak Kaul untuk memuja Ipok atau penjaga laut agar ia sentiasa menjaga laut serta mengurniakan rezeki melalui tangkapan ikan yang banyak serta pokok-pokok buah-buahan sentiasa mengeluarkan bunga serta berbuah sepanjang musim. Masa sekarang setelah majoriti msyarakat Melanau telah memeluk agama Islam atau Kristian, acara pemujaan telah diubah kepada pesta keramaian semata-mata bagi mengingati budaya dan adat resam yang masih relevan.
Pesta Kaul Mukah
Pesta Kaul Mukah sebagai pesta tradisi disambut secara tahunan berjaya menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain.
Gambar 1: Tibou – permainan tradisi masyarakat Melanau
yang sinonim dengan Pesta Kaul
Dalam suatu pesta kaul sejak ia dimasukkan ke dalam kalender pelancongan Malaysia ia berjaya menghimpunkan tidak kurang daripada 10,000 pengunjung setiap tahun . Apa lagi setelah Mukah diisytiharkan sebagai bahagian baru iaitu Bahagian Ke Sepuluh mulai 1 Mac 2002, pembangunan semakin rancak dan hari ini ia menjadi pusat SCORE untuk Sarawak Justeru, infrastruktur semakin bertambah dan bilangan hotel turut bertambah ditambah pula dengan keadaan jalan raya yang lurus dan bertar sepenuhnya memungkinkan semakin ramai pelancong datang..
Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau dan manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan, tarian dan adat resam. Pada tahun 2011 tidak kurang daripada 15,000 orang yang datang membanjiri Pantai Kala Dana Mukah. Pada pandangan penulis Pesta Kaul tahun 2011 merupakan pesta kaul yang paling meriah dan ramai pelawat.
.
Sementara itu, menurut Pehin Sri Taib, Ketua Menteri Sarawak, dalam ucapan perasmiannya sempena Pesta Kaul 2011 membayangkan Pesta Kaul akan dijadikan acara bertaraf antarabangsa yang mampu menjadi satu daripada tarikan utama pelancong ke Sarawak.
Taib menambah menjelang tahun 2020 Kaul akan menjadi satu pesta yang mampu menghimpunkan segala budaya masyarakat Melanau di Sarawak dari segi muzik, lagu, peralatan muzik, pakaian dan banyak lagi, sebagaimana kejayaan Sarawak mempromosikan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF). Perhimpunan segala adat budaya Melanau sudah semestinya turut menghimpunkan khalayak.
Pada tahun ini yang jelas ialah setelah berakhirnya Pesta Kaul, kesesakan lalu-lintas masih berlaku di sekitar bandar Mukah kerana secara kebetulan pengujung masih meraikan cuti hari pekerja di Bandar Mukah sebelum balik pada keesokan harinya. Ini jelas menunjukkan bahawa jumlah pengunjung ke Pesta Kaul Mukah pada tahun 2011 meningkat daripada tahun sebelumnya.
Gambar 2: Perarakan Serahang Menyambut Permulaan Pesta Kaul
Aktiviti Pesta Kaul tahun 2011
Tarikh / Masa Program / Aktiviti Lokasi
16 Mac 11
Pertandingan Menulis Esei
Pertandingan Bermula
8 April 11 / 4:00 Tarikh Tutup
30 April 11 / 2:30 Pentas Utama, Tapak Pesta Kaul Mukah.
23 April 11 / 8:00 - 11:00 Mukah Beach Triathlon Pantai Kala Dana, Mukah
23 April 11 / 14:00 Kreterium Dataran Pehin Setia Raja & Boulevard Setia Raja
23 April 11 / 16:00 Berbasikal Ria 1 Malaysia Pasar Mukah
23 April 11 / 8:00 - 16:00 Sukan Rakyat Padang Mesra, MDDM
23 April 11 / 14:00 Memancing di Tebingan Sungai Tebingan Sungai Mukah
23 - 24 April 11 / 19:30 Pertandingan Lagu Klasik Dewan Suarah Mesra Mukah
22 - 24 April 11 / 15:00 Pertandingan Petanque Taman Kala Dana, Mukah
23 - 24 April 11 / 7:30 - 18:00 Pertandingan Bolasepak Pantai Taman Kala Dana, Mukah
23 April 11 / 9:00 Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-Kanak Tebingan Sungai Mukah
23 April 11 / 9:00 Pertandingan Fesyen Tradisional Kategori Kanak-Kanak Tebingan Sungai Mukah
Impilasi Daripada Pesta Kaul
Pesta Kaul membawa pelbagai kesan positif. Antara lainnya ialah ia dapat mengumpul ramai manusia dan pedagang. Manusia daripada pelbagai golongan dan agama mengunjungi Pesta Kaul yang dilihat sebagai pesta terbesar masyarakat Melanau. Apa lagi masyarakat Melanau daripada seluruh pelusuk negeri Sarawak tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan pesta ini. Pedagang-pedagang pula, biasanya berkampung di sini dua hingga 3 hari di tapak kaul sebelum pesta bermula.Selain itu, pengunjung-pengunjung lain datang daripada seluruh negeri Sarawak dan juga daripada luar negara.
Pesta ini juga menjadi arena untuk pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk mempamer serta memasarkan pelbagai barangan atau produk. Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah STIDC, SEDC, FAMA, LNG dan Jabatan-jabatan kerajaan yang lain. STIDC selalunya mempamerkan produk yang berasaskan kayu dan FAMA biasanya terlibat dengan produk yang berasaskan pertanian.
Musim Pesta Kaul juga memberi peluang kepada masyarakat tempatan dan luar untuk mencari rezeki pada musim keramaian. Pada satu-satu musim Pesta kaul tidak kurang daripada 50 buah gerai disediakan untuk pedagang-pedagang. Biasanya sewa untuk tapak gerai pada pesta seperti ini ialah RM50. Pedagang-pedagang tidak akan melepaskan peluang emas yang menjanjikan mereka rezeki yang lumayan .Selain itu, peniaga-peniaga kecil akan turut menerima habuan daripada tsunami rezeki yang hadir sekali dalam setahun.
Pesta Kaul juga turut menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan. Hotel-hotel serta rumah tumpangan pastinya laris pada musim pesta ini. Selain itu, pengusaha kedai makan dan restoran turut mengaut keuntungan yang lebih pada musim ini dan ada yang terpaksa mengupah pekerja sambilan untuk membantu mereka.
Pada musim kaul kali ini, ia menghimpunkan lebih kurang 51 orang wakil rakyat yang baru dipilih dan ia kebetulan dengan majlis kesyukuran BN diadakan di Mukah pada malam 29 April 2011.Selain wakil rakyat, ketua-ketua kerajaan persekutuan dan negeri turut hadir pada pesta kali ini.
Dalam pesta kaul juga, dihimpunkan pelbagai acara dan persembahan daripada kumpulan-kumpulan etnik Sarawak. Antara lainnya ialah etnik Iban,Bidayuh, Orang Ulu, Kenyah,Kelabit dan juga Kayan. Melalui persembahan ini kita dapat melibat warna-warni pelbagai budaya etnik di Sarawak. Langkah ini adalah sejajar dengan tema pada tahun ini ’tiada seuniknya’.
Selain aspek positif, penulis mendapati terdapat juga implikasi dari segi negatifnya dan jika tidak ditangani ia pasti akan berulang pada pesta Kaul yang akan datang.
Antara lainnya ialah kekurangan petugas untuk mengawal lalu-lintas dan juga khalayak. Jika pada tahun-tahun sebelumnya pasukan RELA dan Pertahanan Awam dilibatkan sepenuhnya tapi pada tahun ini kelibat pasukan RELA tidak kelihatan.
Selain itu jalan yang kecil dan dua hala menyusahkan para pengguna apabila lalu-lintas tidak dikawawal secara efisien. Kawasan pemunggahan yang tidak disediakan untuk peniaga turut menyesakkan lagi keadaan.
Langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan sedia ada
Oleh kerana semakin ramai pengunjung yang datang sudah semestinya keperluan untuk meletak kerata semakin bertambah. Tempat parkir yang ada sekarang tidak mencukupi. Menurut pemerhatian penulis, satu hari sebelum pesta bermula, hampir keseluruhan kawasan parkir telah dipenuhi. Keadaan seperti ini sentiasa berulang saban tahun seolah-olah tiada post-mortem dibuat selepas musim perayaan besar.Justeru, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan kawasan parkir kereta yang lebih banyak untuk membolehkan orang ramai menggunakan kemudahan tersebut dengan selesa.
Terdapat juga pengunjung yang lewat sampai daripada luar Mukah tidak sempat ke tapak kaul kerana tidak ada ruang untuk meletak kereta dan akhirnya meninggalkan tapak kaul tanpa sempat menyaksikan acara-acara yang dipersembahkan.
Begitu juga dengan jalan raya, sistem perlu diwujudkan untuk mengelakkan kesesakkan berlaku setiap kali musim Pesta Kaul. Jalan raya yang kecil, ditutup pula sebagaiannya menyebabkan kesesakan lalu-lintas.Antara lain yang perlu disediakan ialah laluan sehala serta membesarkan lagi jalan raya yang sedia ada. Kawasan pemunggahan juga perlu disediakan untuk memudahkan para peniaga memunggah barang jualan mereka.
Hubungan yang baik antara pihak jawatakuasa pengelola dengan agensi seperti RELA dan Pertahanan Awam perlu dibaiki agar pengawalan lalu-lintas dan crowd-control berada di tahap yang baik dan efisien.
Semakin ramai pengunjung yang datang, sudah semestinya keperluan rumah bertambah. Justeru, adalah dicadangkan pihak berkuasa tempatan memgambil peluang untuk mendirikan rumah tumpangan atau hostel dengan kadar sewa berpatutan berdekatan dengan kawasan tapak pesta untuk memudahkan pengujung datang lebih awal dan menghirup udara segar dan angin pantai yang mengasyikkan.
Selain itu, tapak dan landskap yang menarik seperti Luak Explanade di Miri perlu diwujudkan di kawasan pantai untuk menjadikan ia sebagai pusat kunjungan atau pusat riadah kepada masyarakat setempat dan pengujung daripada luar bukan sahaja pada musim Pesta Kaul tetapi pada setiap hujung minggu. Kawasan ini harus ceria dan terurus dari segi kebersihannya.
Tapak kaul juga harus dipelbagaikan penggunaannya. Tapak kaul ini juga boleh dijadikan pusat untuk mengadakan pameran-pameran besar atau pameran antarabangsa. Biasanya pameran-pameran besar seperti pameran pembangunan, sejiwa senada atau apa jua pameran perdagangan yang sebelum ini diadalah di tapak letak kereta. Kawasan letak kereta ini memang strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Mukah tetapi ia menyebabkan kawasan bandar menjadi sesak dengan kenderaan-kenderaan kerana tempat letak kereta sedia ada memang diketahui tidak mencukupi. Justeru, kalau pameran seperti ini diadakan di tapak kaul sudah semestinya ia mengurangkan masalah lalu lintas serta masalah letak kereta.
Justeru, kalau mahu melihat pesta kaul 2012 mengangkat Mukah sebagai pusat pesta serta pusat pelancongan yang unggul serta pesta yang bertaraf antara bangsa langkah-langkah tadi perlu diambil perhatian daripada sekarang agar perkara yang sama tidak berulang saban tahun.
*Penulis merupakan seorang guru sekolah rendah dan peminat budaya dan boleh dihubungi di ismailmawi@yahoo.com

Tuesday, 26 April 2011
Penganugerahan Pangkat Komandan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Hari ini merupakan hari penganugerahan saya sebagai Komandan KRS. Sebelum dianugerah kami perlu menghadiri kursus berkaitan serta belajar kawat segera untuk menerima penganugerahan. Seramai 91 orang Guru Besar dan 10 orang Pengetua telah dianugerahkan pangkat Komandan pada hari ini oleh Pengarah Pelajaran Sarawak, Encik Abdillah Adam.
Nampak segak berpakaian ala-tentera tetapi penggunaan pakaian ini penuh dengan disiplin dan etika.
Sunday, 24 April 2011
Konflik dalam organisasi dan cara menangani
Konflik yang tidak dapat diselesaikan akan menjadi ancaman kepada organisasi. Sebagai pengurus sekolah, jelaskan bagaimana anda menangani konflik dalam organisasi anda.
Pengenalan
Konflik atau perselisihan pendapat di antara anggota organisasi merupakan sesuatu yang lumrah. Malahan ia dianggap sebagai rahmat daripada Allah SWT yang bertujuan untuk membuka pintu kemudahan dan penyelesaian terhadap masalah dan pengurusan kepentingan manusia. Ia juga merupakan satu bentuk ujian Tuhan terhadap manusia . Selain itu, ia juga dilihat sebagai satu peristiwa yang wajar terjadi dalam semua kelompok organisasi dan merupakan sesuatu yang tidak dapat dihindari. Oleh yang demikian konflik harus diterima dan dirasionalisasikan sedemikian rupa sehingga ia bermanfaat bagi meningkatkan mutu kerja dalam organisasi. Konflik juga dilihat dapat membantu meningkatkan kreativiti jika diurus secara baik dan profesional. Menurut Stoner dan Freeman (1989) ”Too much or too little conflict can inhibit creativiti. Poorly managed conflict can do the same. But when conflict is well managed, problems can be resolved effectively, and the solution are more likely to be fresh and innovative.”
(Stoner dan Freeman, 1989:391)
Banyak definisi telah diketengahkan mengenai konflik. Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat (2005), konflik bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain. Stoner dan Freemen pula menjelaskan konflik sebagai ... disagreement between individuals or groups within the organization stemming from the need to share scare resources or engage in interdependent work activities, or from differences in status, goals or cultures. Manakala Kreitner dan Kinicki (1995) pula menyatakan konflik sebagai… all kind of opposition or antagonistic interaction. It is based on scarcity of power, resources or social position, and differing value systems. Daripada beberapa definisi jelas menujukkan bahawa dalam konflik itu wujudnya pertentangan dalam usaha untuk membenar atau menegakkan sesuatu pendapat. Justeru konflik dalam apa bentuk pun perlu dihindari secara tuntas dan berhemah sebab kegagalan menghindarinya boleh menyebabkan organisasi itu lumpuh.
Kenapa tercetusnya konflik ?
Menurut Robbins(1996), konflik tercetus disebabkan oleh keadaan-keadaan tertentu sebagai latarnya yang didominasikan pula oleh faktor komunikasi atau perhubungan, struktur dan variable peribadi.
Dalam aspek komunikasi atau perhubungan pula, komunikasi yang buruk atau kurang berkesan iaitu komunikasi yang boleh menimbulkan kesalahfahaman antara pihak-pihak yang terlibat, dapat menjadi sumber konflik. Dalam perhubungan sebegini kesulitan dari segi makna atau simantik, pertukaran informasi yang tidak mencukupi dan gangguan dalam saluran komunikasi merupakan penghalang terhadap komunikasi dan akan menjadi satu keadaan yang boleh menciptakan konflik.
Dari segi struktur pula, ia mencakupi bahagian ukuran atau kelompok, darjat yang diberi kepada anggota kelompok, wilayah kerja, kesesuaian antara tujuan anggota atau ahli dengan tujuan kelompok, gaya kepemimpinan dan sistem yang menjadi ikutan. Kajian menunjukkan bahawa ukuran kelompok dan darjat kemahiran (specialization) merupakan variable yang mendorong tercetusnya konflik. Semakin besar kelompok itu dan semakin mahirnya anggota,semakin besar pula kemungkinan tercetusnya konflik.
Dari segi variable peribadi pula, ia meliputi sistem nilai yang dimiliki setiap individu, ciri-ciri keperibadian yang menyebabkan individu tersebut memiliki keunikan dan berbeza dengan individu lain. Perbezaan serta ketidakpuasan dengan status tersebutlah yang mengundang konflik.
Bagaimana saya menangani konflik dalam organisasi saya.
Dalam menangani konflik dalam satu-satu organisasi sudah semestinya kita mempunyai pendekatan yang berbeza atau mungkin secara kebetulannya sama dan cara pelaksanaannya berlainan. Ini bergantung kepada situasi atau keadaan atau kebijaksanaan organisasi itu sendiri. Bagi saya antara pendekatan yang saya gunakan ialah role model atau kepimpinan sekolah.
Pendekatan ini menjurus ke arah pembentukkan peribadi yang berkesan sama ada dari segi penampilan, body language dan kestabilan emosi. Emosi kita dapat dibayangkan menerusi suara dan gerak badan. Ia lebih kepada psikologi dengan menonjolkan sesuatu yang baik dengan tujuan untuk killing two birds with one stone. Untuk merealisasikan pendekatan ini seseorang pengurus harus mempunyai personaliti yang menarik serta karisma tersendiri yang mampu menggerunkan anggota organisasi. Selain itu, dia juga harus mempunyai kemahiran-kemahiran emosi (EQ) , spiritual (SQ) mahupun sosial (SQ) serta kemahiran-kemahiran lain yang difikirkan perlu. Pendekatan ini, kalaupun tidak dapat menyelesaikan konflik sepenuhnya, sekurang-kurangnya dapat mempengaruhi anggota organisasi itu ke arah perubahan.
Pendekatan seterusnya yang akan saya gunakan ialah pendekatan Islam yang dipanggil syura. Syura merupakan kaedah terbaik dalam Islam yang dicadangkan untuk menyelesaikan konflik atau perbalahan. Apa yang dimaksudkan dalam syura ialah ia meliputi proses perbincangan dan perundingan, malah ia merupakan satu institusi dan budaya pengurusan ala Islam. Dalam apapun keadaan perbincangan merupakan satu jalan keluar yang terbaik untuk keluar daripada sebarang kemelut. Dalam sistem syura, perbincangan bertujuan untuk mencari kebenaran dan pembentukan konsensus dalam perkara tertentu yang menyentuh kepentingan individu dan masyarakat di mana syariah tiada memberikan peruntukan yang jelas. Apabila perbincangan dibuat sudah semestinya kedua-dua pihak akan terlibat secara aktif dan boleh mengeluarkan pendapat atau idea masing-masing. Perbincangan secara lisan , antara ketua dan kakitangan malahan amaran dalam bentuk lisan penting untuk mewujudkan hubungan baik antara keduanya. Dalam penyelesaian masalah, Islam tidak menafikan melaksanakan penyelesaian konflik secara mengenakan tindakan keras yang dilandaskan kepada kebenaran hakiki ke atas pihak yang dianggap bersalah. Ini bergantung kepada keadaan. Dalam sistem Islam ini tiga aspek pengurusan organisasi dalam pengurusan konflik ialah memberi penekanan terhadap matlamat dan struktur organisasi, proses kemanusiaan dan perhubungan serta pembangunan insan.
Matlamat dan struktur organisasi ialah dasar pelanjutan konsep kerjasama atau mu’awanah dalam hal yang makruf di peringkat kehidupan masyarakat. Di sini penekanan kepada perhubungan dalam organisasi yang berasaskan nilai dan pandangan Islam. Visi dan misi dalam organisasi haruslah dilihat seiring dan dijadikan teras pengurusan organisasi dari masa ke semasa agar tindakan yang dilakukan tidak tersasul daripada landasan sebenar. Dalam menentukan matlamat dan struktur organisasi ia harus didasarkan atas dasar persaudaraan Islam yang memerlukan umatnya saling ingat-mengingati, nasihat-menasihati atas dasar iman, ilmu dan kebolehan serta amalan pengurusan yang terbuka.
Penekanan yang ketiga ialah pembangunan insan dalam organisasi. Ia bermaksud penyelesaian jangka panjang yang berteraskan matlamat hidup dan sifat keinsanan sebagai khalifah Allah di muka bumi dan sebagai hamba Allah yang dijadikan dalam bentuk yang terbaik. Sebagai khalifah seorang itu harus mampu menjadi pemimpin yang baik dan sempurna dan kepemimpinan nya nanti akan dipersoal dalam dunia mahupun akhirat. Sebagai hamba Allah pula, segala yang dilakukan harus berteraskan syarak dan mengelakkan daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan agama dan fitrah manusia. Sehubungan itu, manusia pasti akan berubah dan sentiasa mencari jalan ke arah perubahan. Inilah pendekatan Islam yang unik dalam mengendalikan konflik manusia. Islam juga melihat konflik yang berlaku dalam organisasi sebagai satu krisis kerohanian insan.
Saya juga akan menggunakan pendekatan kaunseling untuk menangani konflik dalam organisasi saya. Untuk membolehkan saya menggunakan pendekatan ini saya harus mahir tentang kaedah dan teknik serta bagaimana mengaplikasikannya dalam organisasi. .Dalam kaunseling kita tidak menyelesaikan sesuatu masalah, sebaliknya memberi alternatif-alternatif terbaik yang boleh dipilih sendiri oleh anggota. Menggunakan pendekatan ini saya dapat mendiagnosis keadaan organisasi, sikap pekerja terhadap organisasi dan perlakuan negatif yang menimbulkan masalah dalam pengurusan organisasi. Dengan ini saya dapat berusaha untuk menyelesaikan dan mencadangkan langkah-langkah pembetulan supaya segala kepincangan dapat diperbaiki dan organisasi kembali kepada keadaan biasa dan pekerja berkenaan perlu mengubah tabiat dan meningkatkan prestasi. Tekanan juga dapat dikurangkan dan pekerja dapat meluahkan perasaan yang terpendam sekaligus dapat memperbaiki hubungan dan meningkatkan susasa bekerja yang sihat.
Melalui pendekatan kaunseling juga, saya dapat membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi. Melalui kaunseling pekerja dibantu melihat sesuatu itu dengan kenyataan yang sebenar terutama apabila pengurus tidak terlibat secara emosional. Hasil daripada penjelasan fikiran, seseorang itu digalakkan supaya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan menjadi lebih realistik dalam menyelesaikan masalahnya. Sekurang-kurangnya ia dapat memberinya peluang untuk berfikir dan tidak tergesa-gesa membuat keputusan. Apabila fikiran seseorang itu tenang, sebarang masalah dapat dilihat dengan jelas dan mungkin tidak sesulit yang difikirkan.
Memberi nasihat juga boleh dijadikan salah satu pendekatan dalam kaunseling tetapi nasihat perlu diberi secara tidak langsung dan individu yang bermasalah diberi peluang untuk mencurahkan perasaan, menjelajah perasaan dan akhirnya berbincang mengenai strategi mengatasinya. Jika nasihat diberi secara langsung dengan meminta individu terlibat mengikutinya, mungkin menimbulkan masalah kemudian terutama apabila nasihat itu tidak memberi hasil yang diharapkan. Melalui pendekatan kaunseling juga, ia membantu untuk menyokong serta menenangkan pekerja apabila timbulnya perbalahan atau konflik. Selain itu, pekerja kita juga dapat diajak untuk menilai diri sendiri, memajukan diri sendiri serta mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi. Dengan adanya unsur-unsur tersebut, konflik akan sentiasa dapat diredakan.
Pendekatan lain yang juga boleh saya gunakan ialah meminta penjelasan secara bertulis daripada kakitangan yang bermasalah. Ini mungkin merupakan tindakan yang tidak popular tetapi ia adalah pendekatan profesional. Pendekatan ini hanya sesuai untuk pekerja yang degil atau pesalah disiplin tegar. Melalui cara ini, penjelasan diperlukan untuk menjelaskan kenapa masalah disiplin tersebut belum dapat diatasi oleh kakitangan tersebut. Sekiranya penjelasan kekitangan itu diterima, maka saya harus menghantar surat pengesahan bahawa penjelasan tersebut telah diterima dan pengawasan akan terus dijalankan bagi jangkamasa tertentu seperti 1 hingga 3 bulan. Sekiranya penjelasan tersebut tidak diterima, maka surat amaran hendaklah diberi dan semua ini haruslah difailkan dengan lengkap dan ia menjadi dokumen sokongan yang penting.
Satu lagi pendekatan ialah dengan merujuk kepada pihak pengurusan tertinggi jika masalah disiplin masih berulang selepas Surat Amaran diberi. Ini adalah peringkat yang lebih tinggi supaya pihak berwajib boleh mengambil tindakan dengan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab iaitu kenapa tindakan tatatertib termasuk pembuangan kerja tidak boleh diambil ke atas kakitangan tersebut. Tindakan ini merupakan pilihan yang terakhir setelah semua usaha sebelum ini tidak membuahkan hasil.
Penutup
Dengan adanya pendekatan gabungan pendekatan lembut dan pendekatan keras di samping menonjolkan imej positif melalui role-model, saya menaruh keyakinan bahawa organisasi saya akan terus utuh dan pekerja-pekerja saya akan menikmati keseronokan bekerja dan sama-sama berjuang ke arah kecemerlangan organisasi. Akhirnya konflik yang wujud dalam organisasi saya anggap sebagai suatu elemen yang sentiasa menjadi check and balance dalam pengurusan organisasi saya.
RUJUKAN
- Zuraidah Binti Abdul Rahman, Boleh Saya Tolong Anda - Times Book International, Kuala Lumpur, 1988
- Abdullah Sani Yahaya, Mengurus Sekolah – PTS Publication Sdn. Bhd., Pahang Darl Makmur, 2003
- Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kamus Dewan – Dawama Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2005
- Mohd. Azhar Abdul Hamid, Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi – PTS Profesional, Kuala Lumpur, 2004
- www.// wikipedia.org/wiki/sekolah-selamat
- www.// printnasional.com.my/pdf/work-ethic.pdf.
- www.// geocities.com/nikzafri/krisik.html
- www.//utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&...&sec=rencana&pg=re.03.html
- www.//ftsn.ukm.my/zmy
Subscribe to:
Posts (Atom)